Khamis, 14 Mei 2009

Aplikasi Web atau Aplikasi Komputer? Bahagian 3

Anda hendak simpan fail-fail kerja atau gambar anda dengan selamat tetapi boleh digunakan di mana sahaja anda berada? Layarilah Windows Live SkyDrive (http://skydrive.live.com/). Ia datang daripada Microsoft, orang-orang yang sama mencipta Windows Vista/XP yang digunakan diseluruh dunia.

Dengan Windows SkyDrive, anda mungkin tidak perlu membawa 'flash/pen drive' untuk menyimpan fail-fail penting anda!

Dengan SkyDrive, anda boleh menyimpan segala dokumen kerja atau gambar dalam pelbagai format (.doc,.xls,.ppt,.mdb,.pdf dan sebagainya). Anda dikehendaki mendaftar diri dalam akaun Windows Live dan anda diberi ruang simpanan fail sebanyak 25GB secara percuma.

Anda hanya perlu 'drag and drop' fail anda ke dalam folder-folder yang berkenaan untuk menyimpannya. Macam di dalam PC!

Cara hendak memasukkan fail-fail anda adalah sama seperti memasukkan fail anda ke dalam cakera keras (Hard Disk) PC, Cuma "drag and drop" ke dalam folder di dalam SkyDrive anda dalam web browser. Anda juga boleh berkongsi fail anda kepada orang lain dengan memasukkannya di dalam fail "Public". Semuanya senang dan mudah!

Projek Baik!

Kepada sesiapa yang berminat tentang pengurusan projek, Microsoft Malaysia ada menganjurkan seminar bertajuk "Efficient Project Planning and Execution" pada 22 Mei 2009 di Menara Berkembar Petronas, KLCC, Kuala Lumpur. Seminar akan bermula pada 1.30pm hingga 5.00pm.

Seminar ini sebenarnya hendak menerangkan cara nak menggunakan Microsoft Office Project untuk kegunaan pengurusan projek serta kecekapannya di syarikat-syarikat atau jabatan-jabatan kerajaan ataupun swasta.

Tidak pasti jika seminar ini percuma ke tidak, tetapi jika anda hendak keterangan lebih lanjut, boleh layari laman web ini http://msevents.microsoft.com/CUI/EventDetail.aspx?EventID=1032415705&Culture=en-MY

Rabu, 13 Mei 2009

Aplikasi Web atau Aplikasi Komputer? Bahagian 2

Tahu membuat laman web? (Selain daripada Blogger). Mungkin perisian web Yola boleh membantu (http://www.yola.com). Dulu dikenali sebagai Synthasite, Yola mampu menghasilkan sebuah laman web atau laman blog yang cantik dan profesional tanpa anda mempelajari HTML dan Javascript. Terdapat juga Google sites (http://sites.google.com) dan Jimdo (http://www.jimdo.com) tetapi penulis memilih Yola kerana ia lebih senang untuk digunakan serta lebih banyak fungsi yang boleh diterapkan dalam pembikinan laman web. Dan yang paling penting bagi semua laman-laman ini ialah ia PERCUMA!

Adakah aplikasi pembikinan laman web seperti Yola akan menggugat aplikasi komputer seperti Microsoft Frontpage atau Adobe Dreamweaver?

Suka meng'edit' gambar? Biasa dengan Adobe Photoshop tetapi tidak mampu beli? Penyelesaian aplikasi laman web ada! Layarilah Sumo Paint (http://www.sumopaint.com/web/) atau Splash Up (http://www.splashup.com/), dua buah aplikasi web ala-ala Adobe Photoshop. Anda boleh meng'edit' gambar, menambah tulisan, 'layer' dan membuat 'effect' pada gambar sama seperti Photoshop. Satu fungsi yang menarik perhatian ialah anda boleh berkongsi gambar yang telah di'edit'kan kedalam laman-laman kongsi gambar popular seperti Picasa, Photobucket, Flickr atau di laman-laman sosial seperti facebook, myspace, blogger dan sebagainya.........

Sumopaint, sebuah aplikasi web ala-ala Adobe Photoshop, mungkin setanding dengan Adobe Photoshop daripada segi fungsi serta PERCUMA.....

bersambung daa......

Ahad, 10 Mei 2009

Aplikasi Web atau Aplikasi Komputer? Bahagian 1

Kepada anda yang pernah menggunakan komputer untuk menaip surat, meng'edit' gambar dan sebagainya, tentunya untuk melakukan kerja-kerja itu, anda perlu meng'install' perisian-perisian yang berkenaan kerja yang hendak kita lakukan.


Perisian-perisian web dikatakan setanding dengan perisian-perisian 'desktop'. Apa pendapat anda?

Contohnya jika kita hendak menaip surat, membuat carta alir atau membuat pengkalan data (database) biasanya kita kena 'install' Microsoft Office atau Openoffice. Jika kita hendak meng'edit' gambar pulak kenalah 'install' Adobe Photoshop dan kalau nak buat laman web kenalah install Adobe Dreamweaver dan sebaganya.

Rumit dan lecehnya perisian-perisian ini ialah anda perlu tahu meng'install' serta meng'update'nya, komputer anda mesti yang terkini untuk menjalankan perisian-perisian yang terbaru dan fail-fail anda sentiasa hendak di'backup' kedalam media lain supaya apa-apa berlaku, kerja anda dalam komputer anda tak hilang ditelan virus! Ada jugak perisian-perisian ini mempunyai harga yang sama dengan sebuah Proton Wira 'second hand' dan ramai yang terpaksa membeli perisian-perisian 'pirate' yang boleh dikenakan tindakan pihak berkuasa atau lebih teruk lagi terkena serangan 'virus' dan 'malware'.

Adakah Google Docs akan menggantikan terus perisian-perisian pejabat seperti Microsoft Office?

Sekarang terdapat banyak perisian-perisian web yang menggantikan perisian-perisian komputer yang ada. Sebagai contoh Google Docs (http://docs.google.com) anda boleh menaip surat atau memo anda, membuat 'presentation', carta alir dan pengkalan data seperti anda menggunakan Microsoft Office. Satu kelebihan menggunakan Google Docs ini ialah fail-fail kerja anda disimpan dengan selamat di pelayan (server) internet google, juga anda boleh berkongsi fail anda bersama rakan-rakan anda dengan senang dan selamat. Hanya perlu buka Microsoft Internet Explorer atau Mozilla Firefox untuk meng'akses' Google Docs. Tidak perlu install Microsoft Office atau Openoffice untuk membuat kerja-kerja pejabat lagi!

bersambung......

Minta Maaf!

Kepada sesiapa yang penah berkunjung ke blog ini atau mengenali saya, saya meminta maaf kerana saya tidak meng'update' blog ini. Ini adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan kolej yang terlalu banyak serta kursus-kursus pendek yang dijalankan menjadikan penulis menjadi agak kelam kabut. Mungkin kerana pengurusan masa penulis, apa-apahal saya menyusun sepuluh jari dan sekali lagi meminta maaf! jumpa lagi di posting yang terbaru.....