Rabu, 17 Disember 2008

Kursus Blog Anjuran Unit Komputer ITPYPJ

Pada 15 dan 16 Disember 2008, Unit Komputer ITPYPJ mengadakan kursus pembinaan blog "beginner" dan "intermediate". Seramai 25 orang staf ITPYPJ beserta 2 wakil KIJYPJ menghadiri kursus tersebut. Kursus ini diadakan sebagai langkah pertama dalam membimbing warga ITPYPJ kearah warga yang lebih berkesedaran teknologi serta celik IT.

Teknologi-teknologi seperti Blogger, Facebook, Myspace dan sebagainya (Sosial Networking) sangat popular dikalangan warga pelajar ITPYPJ. Oleh itu, Unit Komputer merasakan perlu staf-staf ITPYPJ mengetahui dan memahirkan diri dalam teknologi-teknologi tersebut supaya perhubungan di antara pelajar dan staf akan lebih erat lagi. Urusan-urusan seperti pengajaran dan pentadbiran di ITPYPJ diharap akan lebih baik lagi dengan adanya kemahiran blog ini.


Terima kasih kepada pensyarah serta fasilitator blog daripada ibu pejabat KPYPJ, Encik Harris Fadzilah bin Rahmat dan Encik Mohd Halim bin Hamid kerana sudi meluangkan masa untuk mengajar warga ITPYPJ mengenai blog ini. Terima kasih juga kepada Timbalan Pengarah ITPYPJ, Puan Asnidar binti Ahmad kerana membenarkan Unit Komputer ITPYPJ menjalankan kursus blog ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua staf yang menjadi peserta kursus blog tersebut. Walaupun tuan-tuan dan puan-puan sibuk dengan macam-macam urusan tetapi sanggup meluangkan masa untuk menghadiri kursus blog ini. Diharap ilmu baru yang baru dipelajari ini menjadi alat bantuan urusan kerja-kerja harian tuan-tuan dan puan-puan. Segala salah silap, terkasar bahasa, terkelu lidah harap dimaafi. Semoga akan berjumpa lagi pada sesi yang lain.

P/S - Gambar-gambar sesi kursus blog akan menyusul tidak lama lagi. Tunggu ye.....

Blog peserta-peserta (Senarai di ambil daripada blog Encik Harris Fadzilah bin Rahmat) :-

2. Norliyana Ibrahim : http://ibuglam.blogspot.com/
3. Siti Aisah Baharom : http://jangansinggah.blogspot.com/
4. Khairul Bariyyah : http://wanitasuci.blogspot.com/
5. Ruzaimah Hassim : http://cayokcayok.blogspot.com/
6. Zaini Mohamed Sapikon : http://provas-zainims.blogspot.com/
7. Mohd Noralim Idris : http://skplc.blogspot.com/
8. Nuraini Abdullah : http://cikenur.blogspot.com/
9. Nor Azlin Ramlee : http://mathscanggih.blogspot.com/
10. Nik Hasfaliza Nik Md Hassan : http://puteriku-pewaris.blogspot.com/
13. Mohd Saufian Abdullah : http://tanahair-jingat.blogspot.com/
14. M. Nor Rashid Muizz Salim : http://chopperbikemalaysia.blogspot.com/
15. Azeman Selamat : http://azeman-dmr.blogspot.com/
16. Norhisham Mustaffa : http://kuddin.blogspot.com/
17. Wan Fauzi Yusni Ahmad : http://dmr-itpypj.blogspot.com/
19. Anwar Jalaluddin : http://jamahiriah.blogspot.com/
21. Hanapi Ahmad Awat : http://akunapi.blogspot.com/
23. Muhamad Israf Ismail : http://israfrin.blogspot.com/
24. Noryanti Hussin : nak tanya dia balik.... link tak tulis jelas.....

2 ulasan:

  1. Menunggu gmbr2 yg lain...Prgrm camni mmg bagus utk menyedarkan kelebihan dunia IT...

    BalasPadam
  2. Tahniah kerana berjaya menganjurkan kursus yang menarik. Semoga usaha ini dapat diteruskan. p/s Dapat makan free.. :)

    BalasPadam